Hamba Yang Ajaib
Pada suatu hari Abdul Wahid bin Zaid r.a berjalan-jalan
dipasar tiba-tiba ia terlihat seorang hamba yang sedang dijual.
Hamba tersebut melihat Abdul Wahid dengan mata yang tajam lalu
Abdul Wahid teringin untuk membeli hamba tersebut untuk membuat
kerja-kerja dirumahnya. Hamba ini adalah seorang yang taat dan
sentiasa melakukan kerja-kerja dengan tekun sekali.
Abdul Wahid merasa hairan tentang perangai hamba ini kerana
diwaktu siang ia bekerja dengan tekun manakala diwaktu malam ia
tidak ada dirumah walaupun puas Abdul Wahid mencarinya sedangkan
pintu rumah sentiasa tertutup dan tidak ada tanda-tanda bahawa
pintu telah dibuka. Pada waktu pagi hamba tersebut telah berada
kembali didalam rumah dan menyerahkan satu keping wang dirham
yang terukir surah Al-Ikhlas diatasnya. Apabila ditanya oleh Abul
Wahid, hamba tersebut menjawab " saya akan memberi kepada
tuan setiap hari satu keping wang dirham asalkan tuan jangan
bertanya kemana saya pergi". Abdul Wahid menerimanya dan
tidak mengambil tahu lagi hal tersebut.
Satelah sekian lama perkara tersebut berlalu, pada suatu hari
datang seorang teman Abdul Wahid dan memberi tahu bahawa kerja
hambanya setiap malam adalah menggali kubur orang yang maninggal
dunia. Abdul Wahid amat terkejut diatas apa yang diberi tahu oleh
kawanya, tetapi dia tidak percaya. Abdul Wahid berjanji akan
menyiasat perkara terlebih dahulu.
Pada suatu malam salepas sembahyang Isyak, Abdul Wahid
mengintai gerak geri hambanya tanpa diketahui bahawa dia sedang
dintip. Abdul Wahid nampak hambanya menuju ke pintu hanya dengan
menunjukkan jarinya sahaja pintu tersebut terbuka dengan
sendirinya sambil diperhatikan oleh Abdul Wahid dengan
kehairanan. Satelah hambanya keluar pintu tersebut tertutup
kembali dengan sendirinya. Abdul Wahid terus mengekori hambanya
sehingga sampai kesuatu tempat yang lapang (padang pasir).
Hambanya terus menukarkan pakaiannya dengan pakaian lain yang
diperbuat daripada kain guni. Hamba tersebut terus menunaikan
solat sehingga terbit fajar. Satelah selesai solat hamaba
tersebut menadah tangan kelangit dan memohon doa kepada yang Maha
Berkuasa dengan berkata "wahai tuanku yang besar berilah
upah kepada tuanku yang kecil". Selesai ia berdoa jatuhlah
sekeping wang dirham dari langit dan diambil oleh hamba tersebut.
Abdul Wahid memerhati hambanya dengan perasaan hairan dan takjub
sekali.
Oleh kerana hari sudah hampir siang, Abdul Wahid mencari air
disekitarnya untuk berwudud dan menunaikan solat Subuh. Semasa
beliau berdoa dia berjanji akan memerdekakan hambanya kerana
hamba yang saleh spertinya tidak seharusnya menghambakan diri
kepada sesama manusia. Selesai berdoa Abdul Wahid mencari
hambanya tetapi tidak berjumpa dia telah menghilangkan diri
dengan bagitu cepat sekali. Abdul Wahid cuba mencari jalan untuk
pulang kerumahnya tetapi tidak berjumpa kerana tempat tersebut
asing baginya. Dengan perasaan cemas dan menyesal diatas
tindakannya dan dalam keadaan mundar mandir yang tidak menentu
tiba-tiba dia ternampak bayang-bayang dari jauh orang berkuda
sedang menuju kearah beliau.
Dengan parasaan tidak sabar, Abdul Wahid menunggu ketibaan
orang tersebut dan apabila sampai ketempat beliau, orang berkuda
tersebut bertanya "apakah yang kamu buat ditengah- tengah
padang pasir ini wahai Abdul Wahid". Abdul Wahid kehairanan
dan berkata didalam hatinya, bagaimanakah orang ini mengetahui
nama aku. Abdul Wahid menceritakan kepada orang berkuda apa yang
telah berlaku. Orang berkuda itu berkata lagi "janganlah
kamu berasa curiga terhadap apa yang berlaku" Abdul Wahid
mengangguk-ngangguk sahaja apa yang dikatakan oleh orang berkuda
tadi. Orang berkuda berkata lagi " tahukah kamu berapa jauh
rumah kamu dangan tempat ini" jawab Abdul Wahid " saya
tidak tahu". "Jaraknya adalah dua tahun perjalanan
dengan kuda yang berlari dengan cepat" kata orang berkuda.
Abdul Wahid kehairan dengan kata-kata orang berkuda tadi dan
berkata didalam hati semasa aku mengikuti hambaku malam tadi
hanya beberapa mini sahaja perjalannya kemari.
Sebelum berlalu orang berkuda tersebut memesan kepada Abdul
Wahid supaya mengunggu disini dan jangan kemana-mana, nanti malam
hamba mu akan datang dan kamu bolehlah mengikutinya pulang nanti.
Abdul Wahid menunggu sahaja disitu seperti yang dipesan oleh
orang berkuda tadi. Semasa menuggu Abdul Wahid sudah beberapa
kali tertidur dan terjaga kerana keletihan dan kehausan. Apabila
Abdul Wahid tersedar dari tidurnya dia mendapati makanan dan
minuman telah terhidang disisinya dan hambanya juga berada
disitu. Hambanya mempelawa Abdul Wahid makan makanan yang telah
terhidang. Tanpa bekata apa-apa Abdul Wahid makan dengan lahapnya
kerana tersangat lapar dan dahaga. Hambanya berkata kepada Adul
Wahid "janganlah tuan mengulangi lagi pebuatan ini dan
tunggulah disini sehingga saya selesai solat". Hambanya
terus mengerjakan solat sehingga terbit fajar. Satelah selesai
sembahyang hambanya berdoa seperti malam sebelumnya , tiba-tiba
jatuh sekeping dirham dari langit dan diberikan kepada Abdul
Wahid dan ianya mengambilnya satu dirham lagi dari sakunya seraya
berkata "ini wang dirham untuk malam tadi".
Satelah selesai hambanya memimpin Abdul Wahid dan berjalan
dengan cepatnya dan tidak sampai beberapa saat mereka telah tiba
dihadapan rumah Abdul Wahid. Hambanya bertanya kepada Abdul Wahid
"betulkah tuan akan memerdekakan saya kerana Allah
Taala" jawab Abdul Wahid "benar" Lalu hambanya
menunjukkan kepada batu penyendal pintu dan menyatakan bahawa ia
adalah wang tebuhannya. Abdul Wahid merasa hairan bagaimnana batu
yang telah lama berada disitu dijadikan wang tebusan. Lalu Abdul
Wahid mengambil batu tersebut dan dengan serta merta batu
tersebut bertukar menjadi seketul emas. Abdul wahid kehairanan
diatas keajaiban yang berlaku yang dilihatnya sebelum ini dan
pada hari ini.
Pada waktu siangnya Abdul Wahid pergi kerumah kawannya yang
menuduh hambanya menggali kubur dan menceritakan kepadanya apa
yang sebenarnya berlaku. Sementara dirumahnya berlaku kekecuhan
dimana anak perumpuan Abdul Wahid memaki hamun hambanya kerana
menyangka selama dua malam anyahnya tidak balik kerumah dan
menuduh hambanya membunuh ayahnya kerana mengintip perbuatan
jahatnya menggali kubur orang. Anak perempuan Abdul wahid dengan
perasaan marah telah mengambil seketul batu dan membalingkan
kearah hamba tersebut lalu terkena pada matanya dan menyebabkan
mata hambanya terkeluar dan dia jatuh pingsan.
Satelah Abdul Wahid kembali kerumahnya daripada melawat
kawannya keadaan kelam kabut telah terjadi dimana orang ramai
yang berada disitu telah memberi tahu kepadanya apa yang telah
berlaku. Dengan perasaan marah Abdul Wahid mengambil pedang lalu
memotong tangan anaknya sehingga putus. Abdul Wahid merasa kesal
diatas tuduhan yang dibuat oleh anaknya sedangkan mereka tidak
mengetahui keadaan sebenarnya.
Satelah hambanya sedar dari pengsan, hambanya bangkit serta
mengambil mata yang terjatuh lalu dimasukkan kembali ketempat
asalnya sambil berdoa kepada Allah supaya memulihkan kembali
penglihatannya. Satelah berdoa, matanya kembali sembuh seperti
sedia kala dan hambanya pergi mengambil tangan anak Abdul Wahid
yang putus lalu menyambungnya seraya membaca sesuatu. Tidak lama
kemudian tangan anak Abdul Wahid kembali pulih seperti sedia
kala. Hambanya terus meminta diri dan berlalu dari situ. Orang
ramai kehairanan melihat keajaiban yang telah berlaku.
Bagitulah adik-adik besarnya darjat orang yang taat dan patuh
kepada perintah Allah dan dia telah memperolehi darjat dan
kemulian dari Allah Subhanahu Wataala.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar