| Gunung Yang Menangis |
|
|
|
|
|
|
Pada
suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib telah pergi bersama-sama dengan Nabi
Muhammad S.A.W. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat berita ajaib yang
menjadikan tetapi hatinya tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan
sebab tiga perkara tersebut. Peristiwa pertama adalah, bahawa Rasulullah
S.A.W akan mendatangi hajat yakni mebuang air besar dan di hadapannya
terdapat beberapa batang pohon. Maka baginda S.A.W berkata kepada
Uqa'il, "Hai Uqa'il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan
katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata; Agar kamu
semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup baginya,
kerana sesungguhnya baginda akan mengambil air wuduk dan buang air
besar."
Uqa'il
pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia
menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon suda tumbang dari akarnya
serta sudah mengelilingi di sekitar baginda S.A.W selesai dari hajatnya.
Maka Uqa'il kembali ke tempat pohon-pohon itu.
Peristiwa
kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa haus dan setelah mencari air ke mana
pun jua namun tidak ditemui. Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa'il
bin Abi Thalib, "Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah
salamku kepadanya serta katakan, "Jika padamu ada air, berilah aku
minum!"
Uqa'il
lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepadanya sebagaimana yang
telah disabdakan baginda itu. Maka sebelum ia selesai berkata, gunung
itu berkata dengan fasihnya, "Katakanlah kepada Rasulullah, bahawa aku
sejak Allah S.W.T menurunkan ayat yang bermaksud : ("Hai orang-orang
yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu dari (seksa) api neraka
yang umpannya dari manusia dan batu)." "Aku menangis dari sebab takut
kalau aku menjadi batu itu maka tidak ada lagi air padaku."
Peristiwa
yang ketiga ialah, bahawa ketika Uqa'il sedang berjalan dengan Nabi,
tiba-tiba ada seekor unta yang meloncat dan lari ke hadapan rasulullah,
maka unta itu lalu berkata, "Ya Rasulullah, aku minta perlindungan
darimu." Unta masih belum selesai mengadukan halnya, tiba-tiba datanglah
dari belakang seorang Arab kampung dengan membawa pedang
terhunus.Melihat orang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus.
Melihat orang Arab kampung itu, Nabi Muhammad S.A.W berkata, "Hendakl mengapakah kamu terhadap unta itu ?"
Jawab
orang kampungan itu, "Wahai Rasulullah, aku telah membelinya dengan
harta yang mahal, tetapi dia tidak mahu taat atau tidak mau jinak, maka
akan kupotong saja dan akan kumanfaatkan dagingnya (kuberikan kepada
orang-orang yang memerlukan)." Rasulullah S.A.W bertanya, "Mengapa
engkau menderhakai dia ?"
Jawab
unta itu, "Wahai Rasulullah, sungguh aku tidak menderhakainya dari satu
pekerjaan, akan tetapi aku menderhakainya dari sebab perbuatannya yang
buruk.. Kerana kabilah yang dia termasuk di dalam golongannya, sama
tidur meninggalkan solat Isya'. Kalau sekiranya dia mahu berjanji kepada
engkau akan mengerjakan solat Isay' itu, maka aku berjanji tidak akan
menderhakainya lagi. Sebab aku takut kalau Allah menurunkan seksa-Nya
kepada mereka sedang aku berada di antara mereka."
Akhirnya Nabi
Muhammad S.A.W mengambil perjanjian orang Arab kampung itu, bahawa dia
tidak akan meninggalkan solat Isya'. Dan baginda Nabi Muhammad S.A.W
menyerahan unta itu kepadanya. Dan dia pun kembali kepada keluarganya |




Tidak ada komentar:
Posting Komentar