Kuda Mati Hidup Semula
Kisah ini adalah mengenai seorang pemuda bernama Nauf yang
bercita-cita untuk berdakwah dan mengislamkan sebuah negeri yang
diperintah oleh seorang Raja yang bernama Faris. Walau apa pun
halangan yang akan di tempuhi nanti, beliau tetap akan ke istana
tersebut untuk menyampaikan syiar Islam.
Pada suatu hari Nauf berjalan-jalan menuju ke istana dengan
harapan dia dapat memasuki istana tersebut. Sampai di pintu
gerbang beliau melihat kanak-kanak sedang bermain dadu. Nauf
memerhati dengan penuh minat dan kemudiannya beliau diajak
bermain bersama. Di dalam permainan tersebut sudah tentu
kemenangan berpihak kepada Nauf kerana beliau seorang dewasa.
Hasil dari kemenangan tersebut beliau dapat mengumpulkan sebanyak
40 dirham. Seorang anak Perdana Menteri sungguh kagum di atas
permainannya dan mengajak Nauf ke rumahnya. Nauf berkata
"Saya tidak boleh pergi ke rumah awak, kerana belum mendapat
izin daripada ayah awak". sambung Nauf lagi "Awak
pulanglah dahulu dan beritahu ayah awak".
"Baiklah" kata kanak-kanak itu.
Kanak-kanak itu pulang ke rumah dan meminta izin daripada
ayahnya. Setelah mendapat perkenan daripada ayahnya, kanak-kanak
itu terus pergi berjumpa Nauf dan mengajak ke rumahnya. Nauf
berkata di dalam hatinya "Inilah peluang baik bagi ku kerana
aku dapat menyampaikan dakwah kepadanya nanti'".
Apabila sampai di rumah Perdana Menteri dan semasa hendak
melangkah masuk kerumah Nauf membaca "Bismillah" dan
semua syaitan yang berada di situ bertempiaran lari kerana
takutkan bacaan tadi. Bagi meraikan tetamu yang datang, Perdana
Menteri menghidangkan makanan dan minuman, sebaik sahaja makanan
dihidangkan syaitan-syaitan kembali datang untuk menikmati
makanan yang sedang dihidangkan. Melihatkan keadaan ini Nauf
membaca "Bismillah" sekali lagi dan syaitan-syaitan
berkeliaran lari. Perdana Menteri kehairanan dan bertanya kepada
Nauf "Siapah kamu sebenarnya dan bagaimana kamu boleh
menghalau syaitan-syaitan tersebut" Nauf memberi tahu bahawa
dia telah diutuskan oleh Nabi Isa untuk mengajak tuan hamba, raja
yang memerintah negeri ini dan sekalian rakyaknya untuk beriman
kepada Allah.
Nauf berkata lagi " Allah maha Esa tiada tuhan lain
melaikan Dia, Allah lah yang menjadikan alam ini dan memberi
rezeki kepada sekalian hambanya. Dia berkuasa menghidupkan kamu
dan mematikan kamu". Katanya lagi "Oleh itu kamu
sepatutnya menyembah Allah dan bukannya menyembah berhala atau
patung-patung kerana ia adalah perbuatan syaitan". Setelah
mendengar kata-kata Nauf, Pedana Menteri sangat tertarik dan
beliau telah memeluk Islam. Oleh kerana beliau tidak ingin
diketahui oleh Raja Faris beliau bersembahyang secara senyap-
senyap dan bersembunyi.
Suatu hari Perdana Menteri balik dari istana dengan keadaan
muram dan tidak seceria seperti biasa. Nauf bertanya kepada
Perdana Menteri "Kenapakah tuan hamba bermuram durja
sedemikian rupa dan saya tidak pernah melihat keadaan tuan hamba
seperi ini" jawab Perdana Menteri "Raja Faris sedang
berduka kerana seekor kuda yang disayanginya telah mati. Baginda
sangat kasih kepada kuda tersebut melebihi daripada harta benda
yang lain". Nauf berkata kepada Perdana Menteri
"Beritahulah Raja kamu bahawa saya boleh membantu
menghidupkan semula kuda itu".
Perdana Menteri pergi ke istana dan memberitahu baginda bahawa
ada seorang pemuda yang sangat alim dan sanggup menghidupkan
kembali kuda tuanku. Baginda memerintahkan Perdana Menteri supaya
mengundang pemuda tersebut ke istana. Setelah berada di istana,
Raja Faris berkata kepada Nauf "Betulkah kamu dapat
menghidupkan kembali kuda beta?" Nauf berkata, "Saya
boleh menghidupkan kembali kuda tuanku dengan keizinan Allah
dengan syarat tuanku memperkenankan permintaan saya. Raja Faris
bersetuju dengan permintaan tersebut. Nauf bertanya kepada Raja
Faris "Siapakah keluarga tuanku yang berada di dalam istana
ini?" Raja Faris menjawab "Beta hanya mempunyai seorang
ayah dan isteri sahaja". "Baiklah, panggil mereka
berdua dan sekalian rakyat supaya berkumpul di sini" kata
Nauf. Baginda memerintahkan Perdana Menteri supaya memanggil
ayahanda baginda, permaisuri dan sekalian rakyat supaya berkumpul
di istana.
Setelah semuanya berkumpul Nauf memegang salah satu kaki kuda
dan menyebut "La ila ha illallah" maka kaki kuda
tersebut mula bergerak dan Nauf menyuruh Raja Faris, ayahandanya
dan isterinya supaya memegang seorang satu kaki dan menyebut
sepertimana yang diucapnya tadi. Mereka pun melakukannya dan
selesai sahaja mereka mengucapkan kalimah tersebut dengan izin
Allah ketiga-tiga kaki yang dipegang oleh baginda, permaisuri dan
ayahanda Raja Fariz bergerak kesemuanya. Perintah Nauf
seterusnya,"Suruhlah rakyat baginda menyebut kalimat
tersebut untuk mengerakkan badan kuda ini" Raja Faris
memerintahkan rakyatnya untuk menyebut kalimat tersebut. Dengan
izin Allah kuda tersebut bangkit dan kembali hidup seperti
sediakala.
Kini Raja Faris dan rakyatnya telah beriman kepada Allah dan
Nauf berasa senang hati kerana cita-citanya untuk berdakwah dan
mengislamkan mereka telah dimakbulkan oleh Allah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar